APA ITU KUCING ?
Kucing dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil daripada subspesis Felis silvestris catus . Ia ialah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan barangkali telah dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini, kucing merupakan salah satu binatang belaan rumah yang paling terkenal di dunia. Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang daripada satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak. Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun berekor, dan mereka ada dalam pelbagai warna yang berlainan dan ada ...









