APA ITU KUCING ?
Kucing dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil daripada subspesis Felis silvestris catus. Ia ialah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan barangkali telah dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini, kucing merupakan salah satu binatang belaan rumah yang paling terkenal di dunia.
Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang daripada satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.
Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun berekor, dan mereka ada dalam pelbagai warna yang berlainan dan ada juga yang mempunyai banyak warna. Mereka ialah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih daripada seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia. Mereka berhubung dengan mengiau ("ngiau"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan masih baru dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja dalam dongengan
dan legenda daripada beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.



Ulasan
Catat Ulasan